Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dewan Rakyat masih tunggu surat hukuman Anwar

11 FEB: Setiausaha Dewan Rakyat  sedang menunggu  surat makluman daripada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan status ahli parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun, semalam.

Dewan Rakyat perlu mendapat pengesahan tersebut secara rasmi sebelum Speakar memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi  Permatang Pauh.

anwar parlimen

ANWAR hilang kelayakkan sebagai wakil rakyat

Setiausaha Dewan Datuk Rosmee Hamzah menjangkakan akan menerima surat itu dari mahkamah dalam waktu terdekat.

Berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan atau kerusi yang dimenangi jika dihukum penjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang kerana didapati

Dalam pada itu Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia menyatakan tidak ada keperluan bagi Parlimen memberi undangan sempena pembukaan persidangan Dewan Rakyat bermula 9 Mac ini kepada Anwar kerana beliau telah lucut hak dan tersingkir dari kerusinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, keputusan Mahkamah Persekutuan jelas menunjukkan Anwar hilang kelayakkan sebagai ahli Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, Abdul Aziz menjelaskan bahawa pilihan raya hanya akan diadakan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat mengesahkan kekosongan kerusi dimenangi bekas Ketua Pembangkang itu.

Selepas disahkan, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memutuskan tarikh penamaan calon serta pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 3:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: