Kategori Berita Utama

Dewan Rakyat tangguh selepas panas pindaan PCA

Selepas bersengkang mata hingga tengah malam pada Rabu membahaskan hingga selesai dan lulus  Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, sidang Dewan Rakyat Mesyuarat kedua Penggal Pertama Parlimen ke 13 hanya berlangsung separuh hari Khamis.

SnapShot Ronald_editedTimbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee mengumumkan mesyuarat ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian tepat jam 12.45 tengahar.

Ronald mengumumkan demikian sebaik sahaja Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan selesai menjawap ucapan penagguhan daripada Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa dan Ahli Parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Teck Hwa membangkitkan isu peningkatan taraf penyelenggaraan kemudahan awam di bandar Muar, manakala Shamsul pula berhubung kaedah membantu menyelesaikan masalah perumahan di negeri-negeri.

Sebelum itu, dihujung sesi soal jawab pada sebelah pagi, sidang Dewan yang mulanya tenang bertukar tegang seketika apabila Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen sekali lagi membuktikan sikap degil pembangkang yang sering melanggar peraturan undang-undang.

Chieng Jen membangkitkan soalan mengenai kerosakan mesin dialisis di hospital Kuching sekalipun soalannya sudah dijawab secara bertulis oleh Menteri Kesihatan.

Beliau terus berdiri dan bersuara sekalipun berkali-kali diarahkan duduk oleh Ronald dan fungsi alat pembesar suaranya dimatikan.

Ronald kemudiannya mengarahkan Bintara mengiring Chieng Jen keluar jika dia masih berdegil.zahidbye

Tindakan Ronald itu memaksa Ahli Parlimen DAP berkenaan akur dan duduk.

Ronald kemudiannya meneruskan aturan mesyuarat dengan membiarkan Chieng Jen terus berada dalam Dewan

Persidangan ke tiga dijangka bermula 21 Oktober dan Pembentangan Bajet dijadualpan pada 25 Oktober ini.- 3/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 October 2013 6:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: