Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tolak usul bincang isu perjanjian Malaysia

Dewan Rakyat pada Rabu menolak cadangan usul ahli Parlimen PKR Penampang, Ignatius Dorrel Leiking  anggota Parlimen untuk membahaskan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said berkata beliau menerima usul tersebut daripada ahli parlimen itu Isnin lalu dan memutuskan menolak cadangan itu di bawah perkara 18.2 kerana ia bukan perkara yang perlu disegerakan.

Menurut Ismail, usul itu adalah usul tertentu dan ada kepentingan orang ramai tetapi tidak perlu disegerakan.

sabahserawakTerdahulu, ketika mengemukakan cadangan usul berkenaan sejurus selepas tamat sesi soal jawab, Leiking berkata keperluan untuk membahaskan penjanjian itu juga seperti ‘pembaharuan ikrar perkahwinan’ supaya hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dapat dieratkan lagi.

Katanya, perjanjian yang meliputi 20 perkara untuk Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak itu sepatutnya dikaji semula pada 1973, namun ia tidak dilakukan.

Isu kemasukkan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dijadikan bahan kempen pembangkang pada PRU 13. lalu – 13/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 November 2013 4:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: