Kategori Berita Utama

Diam-diam Azmin dan Anwar dibaham Khalid!

16 FEB : Sejak bapa mertuanya meninggal dunia minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali lebih banyak berdiam diri.
Malah, Adun Bukit Antarabanga itu tidak respons kenyataan demi kenyataan sama ada oleh Datuk Seiri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Seolah-olah semangat juang politik beliau sudah luntur walaupun pada awal peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh dalam agenda Seampang Kajang, Azmin yang paling awal buka ‘kunci’ mahu menggerakkan jentera kempen PKR bagi PRK DUN Kajang,
khalidmbMalang semuanya berubah apabila Anwar melantik Khalid sebagai pengarah PRK DUN Kajang padahal kebiasaannya Azmin patut jadi jeneral perang PKR.
Ini sudah tentu tamparan hebat buat Azmin yang membayangkan Anwar lebih mempercayai Khalid sedangkan Azmin adalah pengerusi PKR Selangor.
Ada yang melihat pelantikan Khalid kerana Anwar patut jaga hatinya jika mahu mengambil jawatan Menteri Besar seperti diuar-uarkan jika Ketua Pembangkang itu menang di DUN Kajang 23 Mac ini.
Bukan itu sahaja, Anwar juga melantik Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin sebagai penolong Khalid berdepan PRK Kajang walhal ahli parlimen Ampang itu adalah pengikut setia Azmin.
azminaliKhalid yang sudah dapat mengurangkan pengaruh Azmin dengan situasi menang-menang dengan Anwar semakin berani memperlekeh Azmin,
Lihat sahaja bagaimana Khalid mengaitkan pengambilan 23 pegawai dan kakitangan anak syarikat PKNS dengan ahli Lembaga pengarah perbadanan itu.
walaupun tidak menyebut nama Azmin tetapi sesiapa meneliti kenyataan Khalid yang juga pengerusi PKNS berhubung pemecatan kesemua pekerja terbabit tahu beliau Azmin ada peranan dalam pengambilan mereka untuk berkerja.
Kritikan terbaru Khalid terhadap Azmin semakin pedas apabila mendakwa Azmin  belum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan untuk menerajui parti itu.
Dalam serangan terbaru terhadap Azmin, Khaid berkata untuk seorang pemimpin tulen harus mempunyai integriti dan mampu menjana kepercayaan daripada akar umbi parti.
Ditanya sama ada Azmin mempunyai ciri-ciri untuk memimpin PKR, Khalid bingkas menjawab, “belum lagi,” lapor Malay Mail.
Ini tentu kenyataan yang cukup memilukan Azmin yang selama ini disebut-sebut anwarpuasmahu mengambil alih temoat Khalid sebagai Menteri Besar.
Ura-ura azmin menggantikan Khalid semakin diperxayai penyokong-penyokong Azmin selepas beliau mengambil alit tugas pengerusi PKR Selangor daripada Khalid pada 2010.
Kemelut itu dikatakan memaksa Anwar untuk merestui tindakan ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding.
Bagaimanapun, selepas PRU 13 Mei tahun lalu, Khalid kekal sebagai Menteri Besar dan ianya disusuli dengan macam-macam kritikan dan teguran terhadap kepimpinan Khalid di Selangor.
Inilah punca Anwar merancang serampang Kajang bertujuan menyejukkan perang Khalid dengan Azmin tetapi malangnya Anwar pula mengambil kesempatan mahu dirinya sebagai Menteri Besar.
Dari hari ke sehari Khalid membuktikan poilitiknya lebih bijak berbanding Azmin malah mungkin mengatasi Anwar jika benar cerita kewujudan surat perjanjian bagi menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Anwar.
Khalid dikatakan tidak menandatangani surat berkenaan yang dijangka berkuatkuasa 23 Mac – hari pengundian PRk DUN Kajang.
Jika benar, Khalid bertindak seolah-olah pulang paku buah keras terhadap Anwar yang sebelum ini membuat kenyataan menggambarkan Khalid bijak dalam ekonomi sahaja.
Air tenang jangan disangka tiada buaya danKhalid membuktikan beliau lebih hebat berpolitik kerana bukan sahaja Azmin tetapi Anwar turut dibahamnya.
Gigi dan taring Khalid barangkali semakin kuat dengan ancaman PAS supaya isu lantikan Menteri Besar tidak dibangkitkan ketika berdepan PRK DUN Kajang.
ini kerana PAS sudah bersedia dengan calon mereka bagi mengisi jawatan berkenaan.
Khaklid juga tahu DAP Selangor masih teguh dibelakang. Dengan 30 kerusi dimiliki PAS dan DAP, Khalid masih berpeluang kekal jadi Menteri Besar malah tidak mungkin bimbang PKR menyingkirkannya kerana PAS khabarnya sudah bersedia membuka pintu kepada Khalid.
Jika tidak dibaham Khalid sekali pun, Azmin dan Anwar mungkin gigit jari terlepas kerusi Menteri Besar yang ditagih-tagih mereka berdua.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 February 2014 8:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: