Kategori Berita Utama

Diam-diam Azmin KANGKUNG kan Khalid!

16 JAN : Dalam seronok sesetengah pihak cuba kaitkan ‘kangkung’ dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai tidak sedar Tan Sri Khalid Ibrahim turut ‘dikangkungkan’ Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dalam isu penguguran beliau sebagai Lembaga Pengarah PKNS.

Ini ekoran kenyataan ding dong Menteri Besar Selangor itu mendakwa pengurusan PKNS yang mengugurkan Azmin bukan pihaknya atau Exco Kerajaan Negeri.

khalidazminBagaimanapun, Azmin bukanlah seorang yang bodoh untuk menilai jawapan Khalid itu yang cuba menjadikan PKAS terutama Pengurus Besar Datuk Othman Omar sebagai ‘kambing hitam’ dalam gerakan kuncu-kuncu Khalid bagi mengenepikan peranan Adun Bukit Antarabangsa itu di Selangor.

Sebab itulah, ketika kangkung jadi viral yang juba menjatuhkan imej Perdana Menteri, tanpa disedari Azmin menyifatkan alasan Khalid mengaitkan kononnya pengurusan PKNS tidak menyambung kontraknya sebagai alasan ‘kangkung”.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons terhadap tweet oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Arfa Eza Abdul Aziz yang menulis keputusan tidak menyambung kontrak Azmin dibuat pengurusan PKNS.

Lihat tweet Arfa Eza:tweetarfa

 Manakala Azmin kemudiannya membalasnya dengan menyifatkan alasan Khalid sebagai ‘alasan kangkung’.

tweetazmin

Kesudahannya, apabila PKNS mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan mengugurkan Khalid dibuat beliau dan anggta Exco dan perbadanan itu hanya memaklumkan perkara itu kepada Azmin, tepatlah apabila Timbalan Presiden PKR itu melabelkan apa dikatakan Khalid kenyataan kangkung.

Petang Khamis, Khalid sekali lagi keluarkan kenyataan ‘kangkung’ selepas Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk campur bagi menyelesaikan kemelut Khalid dan Azmin dalam isu berkenaan.

Selepas Anwar yang juga Ketua Umum PKR berpendapat keputusan mengugurkan Azmin itu ‘cacat’ dan PKNS tidak ada kuasa berbuat demikian kecuali Menteri Besar dan Exco, Khalid masih pusing-pusing tidak mahu mengakui beliau silap dalam kontroversi itu.

Menurut kenyataan Khalid petang Khamis, dengan mengambil kira kedudukan dan status Anwar, Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Perlu ditegaskan Menteri Besar dan barisan EXCO terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini.

Justeru, Pengurus Besar dan Setiausaha Syarikat PKNS akan dipanggil untuk menerangkan mengapa keadaan sedemikian berlaku hingga melarat menjadi konflik.

Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh EXCO, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

Oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai,  Kerajaan Negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan EXCO dibuat.” ujar kenyataan itu lagi.

Pelik juga apabila meneliti kenyataan Khalid itu yang memaklumkan Pengurus Besar (Othman) dan Setiausaha Syarikat PKNS akan dipanggil menerangkan mengapa perkara itu berlaku hingga melarat menjadi konflik.

Sedangkan juga PKNS sudah menjelaskan, pengurusan hanya memaklumkan keputusan dibuat Khalid dan Exco yang pantunkuaziztidak menyambung kontrak Azmin.

Kesimpulannya, betul juga Azmin menyifatkan apa dikatakan Khalid dalam isu ini sebagai kenyataan kangsung atau mungkin membawa maksud Khalid sebenarnya kangkung.

Itupun kira Azmin masih berhemah dengan Khalid. Kalau orang lain, mungkin panggil ‘Khalid kong kali kong’.

Apapun, mohon maaf pada  Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid kerana menyiarkan pantun kangkung yang sudah diketahui umum bahawa itu bukan karya beliau tetapi rasanya elok untuk Khalid memahami maksudnya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2014 10:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: