Kategori Berita Utama

Diuar-uar MB Selangor sejak 2008, Azmin Ali kata semua layak

20 MAC: Walaupun kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga hasil dapatan kajian Unisel menggambarkan kedudukannya  sebagai Menteri Besar tidak digugat, namun itu tidak menjamin beliau tidak akan diganti.

Beberapa kenyataan Khalid sebelum ini membayangkan kedudukannya kekal selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bertanding di PRK DUN Kajang tetapi seterunya Azmin Ali juga sudah menegaskan, Kajang Move masih berjalan.

Kajang Move merujuk percaturan PKR untuk menggantikan Anwar sebagai Menteri Besar jika beliau menang PRK Kajang yang kini ditandingi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

lidazminSumber tertinggi PKR memaklumkan kepada bnbbc, Khalid tetap akan diganti.

Bagaimanapun, beliau enggan menamakan siapa bakal Menteri Besar Selangor sama ada Wan Azizah atau Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Tunggu selepas 23 Mac ini, kata sumber itu.

Ini menunjukkan Kajang Move masih relevan dan berjalan seperti yang dirancangkan PKR yang bertitik tolak dari PRK  Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini.

Sementara itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor ketika ditemui di lobi  Parlimen mengesahkan bahawa strategi PKR itu masih ‘on track’ dan tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.

Namun, fokus Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk mempertahankan kerusi itu dengan kemenagan majoriti besar melalui calon mereka,Wan Azizah yang juga Presiden parti.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menafikan bahawa adanya perbincangan berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor.

“Gerakan sekarang adalah dalam bentuk perbincangan, sebab jawatan MB ini perlu persetujuan semua parti, dan sekarang parti sedang tumpukan pada jentera.

“Maknanya sekarang ini kesemua parti all out untuk memberikan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat, dan selesai 23 Mac kita akan bincanglah tentang pelaksanaan Kajang Move itu.

“Kami pasti Dr Wan Azizah bukan sahaja menang dan kekalkan kerusi itu, tetapi akan dapat majoriti lebih besar, maka semua usaha kena fokus di Kajang,” jelas Ahli Parlimen Gombak itu.

Ketika diajukan soalan adakah beliau bersedia untuk menggantikan Khalid selaku MB Selangor, beliau menjelaskan bahawa dalam apa juga keadaan dan kedudukan, matlamat utamanya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kita ada 44 ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua layak kalau ikut undang-undang.

“Disebut (sebagai MB) sejak tahun 2008, saya tak nak sebut lagi, dan bukan saya yang akan putuskan (siapa yang akan jadi MB).

“Saya boleh berkhidmat kepada negeri walaupun tidak menduduki jawatan (MB) itu, saya ADUN Bukit Antarabangsa, saya Ahli Parlimen Gombak dan saya memberi khidmat sama sahaja,” katanya lagi. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: