Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Diesel naik 9 sen seliter

13 SEPT: Harga runcit mingguan bahan api untuk pengguna terus mencatat peningkatan apabila harga diesel bertambah sebanyak 9 sen seliter.

Selain itu harga petrol juga bertambah setinggi 4 sen, di mana ianya akan bermula selepas tengah malam ini sehingga 20 Sept depan.

Berdasarkan kepada Twiter rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan,  Diesel berharga RM2.14 berbanding harga semasa RM2.05.

Manakala RON95 dan RON97, masing-masing berharga RM2.21 dan RM2.48 berbanding harga minggu lalu iaitu RM2.20 dan RM2.48 seliter.

Harga bahan api itu adalah berdasarkan penetapan kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak April  lalu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 7:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]