Kategori Berita Antarabangsa

Dilarang duduk terkangkang di Madrid

12 JUN: Pengguna pengangkutan awam di Madrid kini perlu mengikut satu lagi peraturan baru iaitu dilarang duduk terkangkang (No manspreding).

Agensi transit di bandar Sepanyol itu berkata, papan tanda larangan itu akan dipasang di semua bas bagi mengingatkan penumpang terutamanya lelaki untuk duduk lebih sopan pada satu tempat duduk.

“Misi pewujudan ikon baru ini adalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai keperluan untuk menjaga tingkah laku awam dan menghormati ruang penumpang yang lain di dalam bas,” kata syarikat pengangkutan Majlis Perbandaran Madrid.

Madrid mengikut jejak langkah oleh sistem transit di beberapa bandar lain di Eropah.

“Larangan ini adalah sama dengan sistem pengangkutan lain yang sedia ada di seluruh dunia iaitu bagi menunjukkan postur badan yang mengganggu orang lain,” kata jurucakap agensi transit kepada CNN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2017 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: