Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ditegur Zahid: MCA Negeri Sembilan anggap isu teknikal

14 MAC: Pengerusi MCA Negeri Sembilan Lim Chin Fui hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak hadir dalam acara Barisan Nasional (BN)  di Rembau semalam ketika tidak diundang.

“Kami tidak hadir kerana tidak terima sebarang notis. Ini mungkin isu teknikal dihadapi penganjur, yang buat silap tidak hantar jadual pada kami.

“Sebelum ini tiada isu apabila perdana menteri melawat Port Dickson.

“Kita boleh pastikan pada timbalan perdana menteri bahawa pemimpin akar umbi MCA bekerja keras berkhidmat kepada rakyat,” kata Lim seperti dilaporkan Sin Chew Daily.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegur MCA kerana tidak tunjuk muka dalam acara dihadirinya sedangkan parti komponen lain BN hadir.

Chin Fui berkata, secara peribadi akan menjelaskan kegagalan mereka hadir kepada MCA dan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 5:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: