Kategori Berita Antarabangsa

Dituduh buat penderaan seks, ahli parlimen letak jawatan

12 MAC: Seorang ahli Parlimen di Korea Selatan meletak jawatan hari ini selepas dituduh melakukan penderaan seks.

Min Byung-doo dari parti kerajaan iaitu Parti Demokratik, mengemukakan peletakan jawatan walaupun pimpinan partinya meminta supaya beliau mempertimbangkan semula keputusan itu.

Lapor AFP, ia akan menjejaskan kedudukan parti pemerintah sebagai parti terbesar dalam Parlimen.

Byung-doo (foto) merupakan ahli Parlimen pertama di Korea Selatan yang meletak jawatan atas dakwaan penderaan seks itu.

Sebelum ini, portal berita Newstapa menemubual seorang wanita yang enggan namanya didedahkan berkata ahli parlimen itu menciumnya secara paksa dan membuka zip seluarnya di sebuah pusat karaoke pada 2008.

Dalam satu kenyataan minggu lalu, Byung-doo, 59, menafikan tuduhan terbabit, namun beliau bersedia untuk meletak jawatan sekiranya pernah melakukan sebarang kesalahan yang tidak diketahuinya.

Peletakan jawatan itu diluluskan Parlimen, bagaimanapun akan mengurangkan jumlah kerusi Demokratik kepada 120 kerusi, iaitu lebih empat kerusi dari pembangkang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: