Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dividen ASN paling tinggi sejak 2001

23 DIS: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.45 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Ia meningkat sebanyak 0.15 sen seunit berbanding agihan pendapatan pada tahun lalu iaitu 6.30 sen seunit dan kadar agihan pendapatan tertinggi bagi tempoh 13 tahun sejak 2001.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, sejak 2001 hingga tahun lalu anggaran pendapatan ASN adalah sekitar 5.00 sen seunit sehingga 6.30 sen seunit.

Katanya, peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM100.27 juta.

“Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.55 bilion unit ASN,’’ jelasnya.

Turut hadir pada majlis pengumuman dividen ASN pada Isnin ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.-bnbbc.my

Ahmad Sarji dan Hamad Kama Che Piah ketika mengumumkan agihan pendapatan ASN 2013 di Menara PNB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Isnin. Dividen sebanyak 6.45 sen seunit pada Isnin dikatakan yang tertinggi sejak 13 tahun lalu.

Ahmad Sarji dan Hamad Kama Che Piah ketika mengumumkan agihan pendapatan ASN 2013 di Menara PNB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Isnin. Dividen sebanyak 6.45 sen seunit pada Isnin dikatakan yang tertinggi sejak 13 tahun lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 December 2013 7:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: