Kategori Berita Utama

Dividen tinggi KWSP bukan gula-gula PRU, kata Menteri

14 FEB: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional 2017 sebanyak 6.9 peratus yang tertinggi sejak 1997, bukan ‘gula-gula’ pilihan raya umum.

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.

Menurutnya, kadar dividen tersebut serta dividen 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah seperti​​​​​​ diisytiharkan pada minggu lalu adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP.

“Pada saya angka dividen untuk konvensional dan syariah ini adalah baik dan ia bukan gula-gula pilihan raya.

“Jadi, kadar dividen KWSP adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya berlaku di negara kita,” katanya di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, mengulas pengumuman mengenai ekonomi Malaysia yang berkembang 5.9 peratus pada 2017 oleh Bank Negara Malaysia hari ini, Johari berkata angka pertumbuhan tersebut adalah​​​​​​ prestasi yang membanggakan, memandangkan dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu termasuk Malaysia.

“Keempat-empat suku tahun lalu menunjukkan angka yang baik dengan purata 4.9 peratus dan kita jangka ekonomi negara akan berkembang dengan baik pada 2018, iaitu pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 hingga 5.5 peratus,”katanya.

Tegas Johari, ia secara tidak langsung menunjukkan​​​​​​​ keberkesanan dasar kerajaan yang meletakkan asas kemajuan Malaysia dalam​​​​​​​ menerajui aktiviti berkaitan ekonomi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2018 5:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: