Kategori Berita Utama

DoJ: MP Sri Gading bidas pembangkang ketandusan isu

21 JUN: Pembangkang di negara ini semakin terdesak dengan memainkan isu kleptorasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tuntutan saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) untuk dijadikan  buah mulut rakyat jelata pada musim Aidilfitri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan segala usaha mengaitkan perkara tidak berasas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu muslihat pihak tertentu.

“Sebenarnya, pembangkang ketandusan isu untuk dimainkan dan sedang mencuba untuk menghidupkan kembali isu berkenaan supaya berpanjangan sehingga PRU-14,” kata Ketua UMNO Bahagian Sri Gading itu, Selasa.

Pada minggu lalu, DoJ mengemukakan tuntutan saman ketiga sejak tahun lalu untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Tambah Aziz, DoJ tidak menyebut nama perdana menteri  serta isteri sebagai defendan secara jelas.

“Kita sepatutnya berpegang kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara seperti SPRM, polis dan PAC yang sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib bebas daripada salahlaku transaksi kewangan 1MDB.

“Lebih mencurigaan apabila 1MDB tidak pernah dipanggil oleh DoJ untuk memberi sebarang kenyataan,” kata Ahli Parlimen Sri Gading itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 June 2017 11:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: