Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard

7 JULAI: Seorang doktor menjadi rakyat Malaysia pertama ditawarkan belajar di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam bidang Doktorat Kesihatan Awam.

Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, 30, mencipta sejarah selepas menjadi antara 20 pelajar daripada 350 calon yang dari seluruh dunia yang memohon kursus berkenaan bagi kemasukan tahun ini.

Pada September tahun lalu, beliau pernah mengharumkan nama negara apabila disenarai sebagai pencetus perubahan dalam agenda Pembangunan Kelestarian 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta berada dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada April lalu.

Dr Mohd Lutfi yang sudah pun berada di Amerika Syarikat berkata, beliau hanya mencuba nasib ketika mengisi permohonan ke universiti nombor satu dunia itu pada Mei tahun lalu, namun tidak sangka berjaya dipilih.

“Selain universiti ini, saya juga ada menerima tawaran sama dari Universiti Yale dan Universiti John Hopkins. Namun saya memilih Harvard kerana seperti semua orang tahu, ia adalah antara terbaik di dunia.

“Selain itu, kursus pengajian itu juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mereka juga sudi memberi cuti bergaji sepanjang tiga tahun saya berada di sini dan selepas tamat nanti akan sambung berkhidmat dengan kementerian semula,” lapor BH Online, Jumaat.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba itu turut mengakui hasil sokongan keluarga dan isteri membakar semangat beliau untuk ke Harvard.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 3:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: