Kategori Berita Antarabangsa

Doktor jijik melihat pakaian seksi pramugari Malaysia

22 JAN: Seorang doktor di New Zealand dilaporkan mengutus sepucuk surat kepada seorang senator di Malaysia bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap etika pemakaian pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Laporan News.com.au mengatakan Dr June Robertson ‘jijik’ melihat skrit pramugari syarikat penerbangan itu yang didakwanya terlalu pendek.

Dia yang sering berulang-alik ke Malaysia menerangkan butiran beberapa kejadian secara teliti dalam surat tersebut.

“Saya boleh nampak seluar dalam seorang pramugari yang sedang membongkok di KLIA 2. Sangat teruk!” kata Robertson.

Dalam kejadian lain, blaus seorang pramugari didapati terbuka luas sehingga menampakkan buah dada semasa wanita itu menunduk untuk menyediakan makanan.

“Saya bengang dan minta dia tutup jaket,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2018 4:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: