Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dokumen persempadanan semula bocor di internet

23 MAC: Sebuah laman “The Other” didakwa telah memuatnaik capaian ke dokumen berkaitan laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Laman itu memuatnaik capaian yang kononnya mengandungi 3 jilid laporan itu yang dikenakan embargo sehingga 28 Mac, memetik laporan FMT.

Laporan kajian akan dibentangkan pada Rabu depan dan Dewan Rakyat dijangka meluluskan cadangan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu sebelum Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-14.

Semalam Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan wakil rakyat membawa pulang salinan laporan berkenaan.

Namun selepas ahli pembangkang mempersoalkan perkara itu, Pandikar membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat mereka mematuhi embargo itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, jika Dewan Rakyat meluluskan cadangan itu, usul persempadanan semula akan diberi kepada Agong untuk diluluskan.

Beliau berkata, usul itu sepatutnya diluluskan dua tahun lalu tetapi tertangguh selepas parti pembangkang membantah dan membawa perkara itu ke mahkamah.

SPR menyerahkan laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 9 Mac tanpa menyelesaikan pendengaran bantahan terhadap perubahan-perubahan itu di inkuiri tempatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2018 1:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: