Kategori Berita Utama

Dr M gesa Lawrence hormati mahkamah dan sensitiviti Islam

8 JAN : Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew digesa supaya menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat.

drmtabunghaji

Dr Mahathir dan Pengerusi Tabung Hji Datuk Azeez Rahim ketika sidang media, Rabu.

Sehubungan itu, beliau meminta agar paderi berkenaan yang bertegas supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“”Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?,” kata Dr. Mahathir.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di Petaling Jaya, Rabu.

Katanya, Malaysia  terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan.

“Di sini tidak berlaku kerana kita sedar sensitiviti orang lain. Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah.

“Apa jadi kalau masyarakat kita tak hormati keputusan mahkamah?,” katanya yang turut kecewa dan sedih kerana yang membawa kes ini ke mahkamah adalah pihak terbabit tetapi enggan menghormati keputusan yang sudah dibuat.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 January 2014 1:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: