Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dr.Mahathir janji takkan hukum, lupa tindakan zalimnya sendiri

10 JAN: Tun Mahathir Mohamad sudah mula bercakap seperti Perdana Menteri meskipun belum lagi menguasai Putrajaya.

Tun Mahathir dengan yakinnya berkata beliau tidak akan membalas dendam kepada pemimpin sekarang.

Sebaliknya hukuman dijatuhkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita akan hormati dan ikut pemerintahan mengikut undang-undang, bukan niat kita nak balas dendam terhadap mereka, kami akan berpegang kepada the rule of law,” ujarnya menjawab soalan netizen dalam media sosialnya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Facebook berjudul Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian?

Menegaskan perkara itu Tun mahathir turut berkata tugas kerajaan untuk menghukum individu yang didapati bersalah kerana itu adalah kuasa mahkamah.

“Mereka yang salah akan dihadapkan ke mahkamah dan bukan Perdana Menteri, kerajaan tetapi mahkamah yang akan tentukan dan hukuman keatas mereka jika didapati bersalah, itu cara kami. Bukan cara balas dendam, tidak,” katanya lagi.

Beliau dalam masa yang sama turut berkara PH akan berpegang kepada undang-undang sedia ada serta menghormati perlembagaan.

Namun beliau lupa yang kenyataan itu bertentangan dengan sikap dan tindakan zalimnya dahulu dengan mengenakan pemerintahan kuku besi terhadap rakyat seluruhnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2018 4:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: