Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dr.Mahathir nafi PKR letak syarat untuk jadi PM

4 JAN: “Terima kasih di atas maklumat itu. Saya tak pernah dengar lagi, sekarang saya ketahui dari anda,” kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk dakwaan syarat yang dikenakan PKR kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

Bekas Perdana Menteri berusia 92 tahun itu berkata kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PPBM, di Petaling Jaya, pada Khamis.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Pejabat PPBM Petaling Jaya

Malah menurut Dr Mahathir perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepadanya sebelum ini.

Sebelum ini timbul desas-desus mendakwa PKR menerusi satu mesyuarat biro politik telah menetapkan beberapa syarat kepada Dr. Mahathir yang antaranya membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Selain itu Dr Mahathir didesak perlu menandatangani syarat-syarat yang dikemukakan oleh PKR dan perkara itu kemudiannya mengundang amarah PPBM.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar ketika ditemui turut menafikan partinya meletakkan syarat seperti yang didakwa.

Menurutnya, jaminan bahawa keputusan mengenai calon Perdana Menteri PH yang bakal diumumkan adalah hasil persetujuan daripada PKR.

“Tidak… Tidak ada apa-apa syarat yang diletakkan. Kita akan umumkan pada 7 Januari dan pada masa itu akan ada semua pengumuman. Kalau diumumkan nanti bermaksud PKR akan bersetuju dengan semua,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2018 9:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: