Kategori Berita Utama

Dr Mahathir perlu realistik sebelum kecam Melayu

15 JAN: Tun Dr Mahathir Mohamad digesa tidak membuat kenyataan menindas kaum Melayu meskipun didakwa sudah menjadi kuda tunggangan DAP.

Menurut Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, bekas perdana menteri itu perlu melihat sekeliling sebelum membuat penilaian berkenaan.

“Dr Mahathir bercakap merujuk mereka dizamannya yang tidak diberi bimbingan untuk sama berjaya seperti ahli keluarga dan kroninya.

“Tun Mahathir kena realistik janganlah nilaian zaman beliau menjadi tanda aras untuk Melayu zaman ini, ” katanya kepada BNBBC. My portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Ahad bahawa kaum Melayu tidak komited, tidak rajin dan amanah dan sering mencari jalan mudah dalam bidang pekerjaan, sekaligus membantutkan proses kemajuan.

Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan menyelar Dr Mahathir yang memperlekehkan sendiri masyarakat Melayu dengan menyifatkan budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan.

Tegas Nadzari lagi, Dr Mahathir perlu sedar bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu masyarakat khususnya golongan Melayu untuk seiring maju dengan bangsa lain.

“Standard zaman kami sudah berbeza, cara pentadbiran dan pengurusan rakyat pun sudah bertambah baik, melayu atau bumiputra berjaya dalam banyak bidang bukan selektif seperti dulu.

“Banyak inisiatif baru yang mendorong rakyat untuk kehadapan, ” ujar ADUN Batang Kali itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2018 1:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: