Kategori Berita Utama

Drama keluarga, pasti Dr.Mahathir beri jawatan kepada anaknya

6 JAN: Kebuntuan Pakatan Harapan (PH) yang masih gagal mengumumkan calon Perdana Menteri mereka disifatkan seperti drama keluarga yang berlarutan tiada berkesudahan.

Ini kerana menurut Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, PH yang telah lama wujud sehingga kini masih gagal memilih calon Perdana Menteri mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

“Perbalahan berterusan sama macam satu drama keluarga apabila semua orang ada calon sendiri dan kemudian datang satu idea mengarut apabila mereka mencipta jawatan perdana menteri peralihan semata-mata untuk kepentingan seseorang yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan Teguh GERAKAN-MCA di Kuala Lumpur, pada Sabtu yang dihadiri seramai kira-kira 3,000 ahli GERAKAN dan MCA.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyampaikan ucapan berkenaan dengan membaca teks dalam bahasa Mandarin.

Semasa ucapan berkenaan disampaikan penonton dipersembahkan dengan paparan imej pada skrin bersama sari kata bahasa Inggeris.

Tambah Siew Keong, beliau tidak yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sementara itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika dibebaskan kelak.

Secara bersahaja Siew Keong telah bertanya kepada salah seorang pewakilan mengenai cadangan PH itu, dan beliau menjawabnya:

“Mungkinkah Dr Mahathir akan melepaskan jawatannya kepada Anwar? Dia mungkin akan berundur untuk memberi laluan kepada anaknya, Mukhriz mengisi tempat berkenaan sebagai Perdana Menteri.

Cadangan melantik Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri sementara dipercayai mendapat tentangan hebat daripada rakan kompenen mereka terutamanya PKR.

Timbul desas-desus sebelum ini Dr Mahathir perlu menandatangani sejenis surat akuan janji untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar apabila dibebaskan nanti.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Dr Mahathir.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2018 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: