Kategori Berita Antarabangsa

Dron bunuh lebih 20 anggota Taliban

9 MAC: Lebih 20 anggota militan Taliban maut selepas dron milik Amerika Syarikat mengebom kem latihan di kawasan terpencil di Kunar, wilayah timur Afghanistan ketika mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan nekad di Pakistan.

Dua anggota perisikan Pakistan berkata, serangan yang dilancarkan di sebuah perkampungan Saresha Sultan Shah berkenaan membunuh sekurang-kurangnya dua anggota kanan kumpulan itu, dipercayai jurulatih penyerang nekad.

Militan Taliban Pakistan yang dikenali sebagai Tehrik-i Taliban Pakistan (TTP), ialah pecahan kumpulan Taliban dari Afghanistan dan bergabung menjadi membentuk satu pasukan bagi menentang Kerajaan Pakistan.

Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan kumpulan itu dalam senarai pertubuhan pengganas asing.

Bulan lalu, timbalan ketua TTP yang mengadakan kempen pengeboman dan serangan lain terhadap tentera Pakistan dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di sebelah sempadan Pakistan. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2018 9:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: