Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dua bekas pegawai Shafie bebas reman

24 OKT: Dua bekas setiausaha kanan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki itu yang sebelum ini direman, dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang berserta seorang penjamin.

Kedua-duanya pernah bertugas sebagai setiausaha sulit kanan dan setiausaha akhbar ketika Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mereka direman lima hari bermula 20 Oktober lalu untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes penyelewengan dana rakyat Sabah bernilai RM1.5 bilion antara 2009 hingga 2015.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 10:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: