Kategori PRK DUN Kajang N25

PRK Kajang: Dua calon berbeza pendirian dan prinsip

 11 MAC: Datin Paduka Chew Mei Fun, yakin mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik perhatian pengundi memilihnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

 Walaupun berdepan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon Barisan Nasional itu kekal positif bahawa setiap calon yang bertanding mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Katanya,  terpulang kepada individu berkenaan untuk berkempen meraih sokongan pengundi.

“Memandangkan sekarang saya akan berdepan dengan lawan yang juga wanita, sedikit sebanyak kami (BN) akan mengubah strategi berkempen bagi menghadapi pesaing kami,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Bandar Baru Bangi. 

calon254Naib Presiden MCA itu mengulas pertandingan satu lawan satu antara beliau dan Dr Wan Azizah selepas Kerusi DUN Kajang dikosongkan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Beliau percaya sokongan penduduk Kajang terhadap BN berdasarkan pemerhatian semasa program bersama penduduk.

Sementara itu, Dr Wan Azizah mengharapkan rakyat di Kajang dapat memberi majoriti undi yang lebih besar kepada beliau.

“Saya mendapat semangat baharu apabila lihat sokongan yang banyak sekali bagi PKR dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Pemerhati politik berpendapat, Chew dan Dr Wan Azizah mempunyai prinsip perjuangan yang berbeza dan pengundi boleh membuat keputusan berdasarkan perbezaan tersebut.

Dr Wan Azizah pernah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Manakala Chew pula melepaskan jawatan dalam parti MCA kerana tidak bersetuju dengan isu moral presiden parti ketika itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2014 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: