Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenTragedi MH370

Dua hari lagi analisis data simulator: FBI

27 MAC : Proses analisis data simulator milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan mengambil masa selewat-lewatnya dua hari lagi.

Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berkata, pihaknya diminta oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mendapatkan semula fail yang dipadamkan dalam cakera keras simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.

kapten-mh370-dan simulatornyaComey berkata, siasatan ke atas fail yang dipadamkan itu mungkin akan membantu merungkai situasi sebenar yang berlaku kepada pesawat MH370.

“FBI jangkakan proses mendapatkan semula fail terbabit akan mengambil masa sehari atau dua hari lagi,” katanya seperti dilaporkan.

Sementara itu, operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi bersambung semula pagi ini.

Pihak berkuasa Australia mengerah enam pesawat tentera, lima pesawat awam dan lima kapal ke selatan laut tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, misi pada hari ini tertumpu di selatan Laut Hindi, sehari selepas satelit Perancis mengesan kira-kira 122 serpihan dipercayai milik MH370.

Bagaimanapun keadaan cuaca buruk mungkin menjejaskan operasi mencari di lokasi terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: