Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dua lelaki masuk hospital selepas minum kopi

31 JAN: Gara-gara meminum kopi, dua lelaki mengalami gejala letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Wan Mansor Hamzah berkata dua lelaki itu masih menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Mereka mendapatkan rawatan kerana mengalami beberapa gejala antaranya letih dan lemah yang teruk dan mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi.

“Pihak kami menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar,” lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui Facebook berkata pihaknya mengesan berita yang tular melalui di media sosial berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan selepas meminum sejenis kopi.

“Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada umum sebaik sahaja ia selesai,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 January 2018 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: