Kategori Berita Utama

Mangsa culik selamat mungkin dibawa ke selatan Filipina

4 APR: Dua wanita, termasuk termasuk pelancong China yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, Semporna, disahkan berada dalam keadaan sihat dan dipercayai sudah dibawa ke selatan Filipina.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek, berkata berdasarkan maklum balas bahagian risikan, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi mereka disembunyikan dan kumpulan penculik yang terbabit.

“Salah seorang daripada anggota penculik itu dipercayai terbabit dengan kes penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna tahun lalu, manakala selebihnya terbabit dengan insiden penculikan di Pulau Sipadan pada 2000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Lahad Datu, Jumaat

esscomMenurut beliau, kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina.

Pihak berkuasa Malaysia setakat ini mengenal pasti mangsa culik sebagai Gao Huayuan, 29, dari Shanghai manakala pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 tahun.

Sementara itu, China sudah meminta Malaysia melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan rakyatnya yang diculik oleh kumpulan bersenjata dalam kejadian di sebuah pulau di Semporna, Sabah, pada Rabu lalu.

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan daripada kumpulan berkenaan.

“Kami mengikuti secara rapat perkembangan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri, di Melaka, Jumaat.

Beliau ditanya mengenai insiden seorang pelancong China yang turut dilarikan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Singgahmata bersebelahan Pulau Bum-Bum di Semporna.

Di Filipina pula, askar negara itu kini dikerahkan ke kawasan terpencil di kepulauan selatan negara itu.

Jurucakap Angkatan Tentera Filipina, Lt Kol Ramon Zagala, berkata tujuh lelaki bersenjata yang menaiki bot laju berwarna putih melarikan tebusan berkenaan dengan menyeberangi perairan Malaysia ke Kepulauan Tawi-Tawi, di Selatan Filipia.

“Apa yang penting ialah untuk menghalang mereka ke sini dan memburu mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan jumlah tentera laut dan aset yang terbabit dalam operasi berkenaan.

Zagala berkata, tebusan dipercayai sudah dibawa ke Simunul, sebuah pekan yang majoriti penduduknya beragama Islam, kira-kira 1,000 kilometres dari Manila.

Simunul terletak kira-kira 145 kilometer dari resort tempat kejadian penculikan berkenaan atau sehari perjalanan menggunakan bot.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2014 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: