Kategori Berita Antarabangsa

Dua maut helikopter terhempas di East River

12 MAC: Dua maut selepas sebuah helikopter yang membawa enam penumpang terhempas di East River, New York.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, helikopter Eurocopter AS350 itu terhempas di Pulau Roosevelt kira-kira jam 7 malam Ahad waktu tempatan, dan dilaporkan dalam keadaan terbalik.

Model Eurocopter AS350

Jurucakap Datuk Bandar Bill de Blasio, Eric Phillips dalam satu posting di laman Twitter memaklumkan, “Sekurang-kurangnya seorang terselamat, sekurang-kurangnya dua mati. Penyelam masih berada di dalam air.”

Agensi itu berkata mereka kini menjalankan siasatan, dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional juga sedang meneliti insiden tersebut.

Berdasarkan satu rakaman video, helikopter tersebut dilihat menjunam ke arah sungai dan mendarat dengan percikan besar sebelum tumbang ke sebelah kanan.

Pihak Reuters bagaimanapun buat masa ini belum dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 9:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: