Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dua muka baru isi Naib Presiden MIC

1 DIS : Pengumuman keputusan Naib Presiden MIC yang ditangguhkan ekoran permintaan supaya pengiraan semula dilakukan menyaksikan Ketua Bahagian Johor Baru, Datuk S Balakrishnan memenangi kerusi tersebut dengan 13 undi.

Keputusan itu ditangguhkan sepanjang malam ekoran permintaan pengiraan semula dilakukan terhadap undi Balakrishnan dan Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh.

Bekas Timbalan Menteri, Datuk S.Sothinathan turut membuat penampilan semula selepas menewaskan penyandang Datuk Seri S.K. Devamany.

m.saravanan

M.SARAVANAN kekalkan jawatan Naib Presiden

Sothinathan memperoleh 717 undi berbanding Devamany yang mendapat 332 undi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan turut dinamakan sebagai naib presiden pada Ahad.

Tiga lain calon yang tewas adalah bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T.Mohan dan Datuk S.A Vigneswaran, selain Ketua MIC Bahagian Bukit Bintang, James C. S Selvaraja.

Seramai 1452 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu untuk menentukan barisan kepimpinan baharu yang akan bekerjasama dengan Presiden Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri S.Subramaniam.

Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai rasmi calon-calon yang terpilih bagi menduduki kerusi CWC MIC sesi 2013 :

Datuk R Raghu Moorthy – 1,000 undi
Datuk S Murugesan      – 970 undi
K Parthiban            – 958 undi
A Sakthivel            – 952 undi
Datuk M.S Mahadevan    – 760 undi
P Kamalanathan         – 756 undi
G Kumar Aaaman          – 737 undi
Randhir Singh          – 734 undi
S Sunthar             – 729 undi
P Palaniappan         – 684 undi
Datuk VS Mogan       – 681 undi
A Prakas Rao         – 670 undi
V Elango              – 652 undi
R Vidyanathan         – 641 undi
J Dhinagaran          – 630 undi
R Goonasekaran        – 615 undi
P Subramaniam         – 571 undi
K Ramalingam         – 570 undi
M Asojan              – 560 undi
A Ganesan             – 553 undi
A Hendry Benedict    – 545 undi
ML Maran             – 544 undi
KP Samy              – 544 undi

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2013 12:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: