Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dua remaja suspek bunuh tiga beradik diberkas

16 JAN: Suspek kes pembunuhan tiga beradik perempuan di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar November tahun lalu akhirnya tertangkap apabila polis menahan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun.

Kedua-dua mereka ditahan polis di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam Rabu, dan kini ditahan reman selama tujuh hari, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.

IMBAS KEMBALI...anggota bomba dan penyelamat menarik keluar satu daripada mayat mangsa dari dalam sungai pada November tahun lalu.

IMBAS KEMBALI…anggota bomba dan penyelamat menarik keluar satu daripada mayat mangsa dari dalam sungai pada November tahun lalu.

“Kita telah mendapat perintah tahanan reman untuk suspek sehingga 22 Januari ini untuk siasatan lanjut bersabit kes bunuh yang melibatkan tiga beradik pada November tahun lalu,” kata Mohd Nashir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kedah, Khamis.

Menurut Mohd Nashir, kedua-dua suspek yang tidak bekerja ditahan hasil siasatan lanjut pihaknya serta maklumat orang awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiga beradik perempuan yang menjadi mangsa ialah Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang mayatnya ditemui di kawasan sawah di Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang 30 November lalu.

Manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, pula ditemui pula kira-kira jam 4 petang esoknya di gigi air sungai Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam, 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2014 2:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: