Kategori Berita Utama

Dua sebab pengundi Kajang boleh tolak Ketua Pembangkang

17 FEB:  Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang bosan dolak dalih Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor dan tidak berani berdepan Kes Liwat II, mungkin memberi kelebihan kepada  calon Barisan Nasional (BN) jika bertanding di PRK Kajang.

Tinjauan awal mendapati penduduk Kajang mahu Ketua Pembangkang itu menyegerakan kes liwat yang akan melalui proses pengurusan kes pada 28 Feb ini sebelum meneruskan hasrat bertanding pada 23 Mac ini.

anuaribrahim

Anwar masih dolak dalih isu jawatan MB dan kes liwatnya

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, setelah beberapa kali mrninjau kawasan DUN Kajang, didapati pengundi berbelah bahagi kerana keliru dengan kenyataan Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung jawatan Menteri Besar.

“Mereka juga nampak, Anwar mahu jadikan pilihan raya kecil ini sebagai ‘perisai’ kes liwatnya yang belum selesai.

“Mungkin ada yang tidak setuju isu moral ini dibangkitkan tetapi rakyat kena faham faktanya ada tiga lagi Hakim Mahkamah Rayuan dan lima lagi Hakim Mahkamah Persekutuan belum buat keputusan,” katanya kepada bnbbc.my

Menurut Ahmad, pegundi-pengundi di Kajang mahu Anwar berterus terang isu Menteri Besar dan jangan lagi melewat-lewatkan kes liwatnya sekarang.

“Jangan dilewat-lewatkan. Orang nampak ini taktik Anwar. Orang Kajang nak tengok calon Kajang ini bersih mana. Biarlah hakim di mahkamah berkaitan buat keputusan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pemdedahan laporan kewujudan surat melepaskan jawatan MenteriBesar kepada Anwar yang tidak ditandatangani Khalid, Ahmad percaya keputuan Khalid tidak berbuat demikian kerana kurang percaya kepada Anwar.

ahmadmaslan1

Ahmad…Anwar mahu nampak kebal

“Ini masalah dalaman mereka dan PRK inipun untuk atasi masalah dalam PKR dan pentas jadi perisai Anwar dalam kes peribadinya.  Itu pentas sebenarnya .  Anwar mungkin rasa dia kebal jika jadi Menteri Besar nanti. iSaya pasti Tan Sri Khalid tak akan serah jawatan dengan mudah. Apa dosa beliau untuk lepas jawatan begitu sahaja,” katanya.

Menurut Ahmad, apabila Khalid masuk PKR, beliau mengorbankan kedudukan dalam korperat serta ada kebolehan dalam ekonomi manakala Anwar mana ada masa untuk mengurus kerajaan kerana sibuk berceramah di sana sini.

Beliau menjelaskan,  orang PAS juga sedar kuasa mereka lebih besar dengan 15 kerusi berbanding 14 kerusi PKR.

“ Kenapa selepas PKR masih PKR lagi. PAS pun teringin nak jadi Menteri Besar. Ini juga isu dalam kumpulan pembangkang. Banyak yang tidak selesai dan inilah cara mereka nak tutup kelemahan,” katanya. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 3:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: