Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dua serpihan dipercayai MH370 ditemui di Seychelles

14 JULAI: Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 yang hilang pada tahun 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) dalam satu menyataan berkata, saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu menemui serpihan berkenaan terdampar di Farqhar.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia yang menyatakan minat untuk bekerjasama.

“Arah arus laut menunjukkan kemungkinan serpihan itu berasal dari lokasi lain yang dilaporkan turut menemui kepingan pesawat berkenaan di beberapa negara Lautan Hindi,” kata pegawai kanan SCAA yang enggan dikenali.

Sementara itu Jurucakap Agensi Pentadbir Kepulauan Seychelles, Michael Payet mengesahkan, serpihan terbesar daripada kedua-dua objek itu adalah sepanjang 120 sentimeter dan 30 sentimeter lebar, dipercayai diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.

“Ia mungkin sebahagian daripada penutup enjin,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 July 2017 12:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: