Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dulu Zuraida dakwa Adam bukan pegawainya kini pertahankannya

21 APRIL: Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini tidak mengaku Datuk Adam Rosly adalah pegawai khasnya namun hari ini tampil di mahkamah bertindak mempertahankan Adam.

Secara logiknya mana mungkin jika tiada kaitan Zuraida mahu berada bersama-sama dengan Adam di Mahkamah.

Zuraida yang ditemui media di luar mahkamah selepas pertuduhan terhadap Adam dibacakan dengan marah menyatakan pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Adam adalah tidak munasabah.

Jelas Zuraida, Adam hanya dituduh membuat keterangan dan mengemukakan dokumen palsu ketika disiasat SPRM Februari lalu, namun berdepan dengan hukuman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

“Pertuduhan-pertuduhan tadi dikenakan atas Akta AMLA, itu tidak selaras dan tidak munasabah untuk dituduh di bawah AMLA atau Anti Pengganas.

“Kita dan keluarga dia (Adam) akan usahakan untuk ikat jamin saudara Adam dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab pertuduhan yang diberi tidak setimpal dengan tuduhan (yang dibuat SPRM) sebelum ini,” katanya di luar mahkamah, Jumaat.

Adam berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Datuk muda berusia 28 itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Adam selain syarat tambahan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Mei ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos antara individu yang bertanggungjawab mendedahkan kekayaan luar biasa Adam.

Adam dilaporkan memiliki sebuah banglo yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai dan kini telah pun disita oleh SPRM.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah serta dua akaun bank dan kini disita SPRM.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 4:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]