Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DUN Selangor bubar

9 APRIL: DUN Selangor dibubar secara rasmi hari ini selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bagi memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Istiadat disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

Baginda turut menandatangani proklamasi pembubaran DUN setebal 12 muka surat.

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menghadap baginda bagi memohon perkenan pembubaran.

Turut hadir ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 12:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: