Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dusuki terima kebenaran mengajar semula

13 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberikan semula tauliah kepada penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani untuk mengajar di negeri itu.

Berdasarkan surat bertarikh 12 April, beliau dibenarkan untuk mengajar berdasarkan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran agama Islam 2003 pindaan 2015.

“Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 10 April lalu memutuskan bahawa Dusuki dibenarkan untuk terus memegang tauliah mengajar di Selangor.

“Bagaimanapun tuan adalah diingatkan mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada ‘taasub’ dan ‘kebencian’ secara langsung atau tidak langsung,” demikian petikan surat itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dan dikongsi oleh Dusuki di laman Facebooknya.

Pada 21 Mac lalu, beliau digantung  selepas kontroversi doa ‘pakatan yang jahat’ yang dibacanya  semasa program munajat anjuran PAS Selangor di Shah Alam.

Sementara itu, Ahli Perhubungan PAS Selangor itu dilaporkan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada MAIS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 1:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: