Kategori Ekonomi

e-dagang disasar sumbang RM211 bilion

6 JULAI: Sektor e-dagang disasarkan oleh kerajaan untuk menyumbangkan sejumlah RM211 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020 memainkan peranan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Semakan semula sumbangan e-dagang kepada KDNK dinaikkan kepada RM211 bilion berbanding RM114 bilion. Ia juga menyumbang kepada 20 peratus KDNK berbanding RM68 bilion yang dicatatkan pada 2015,”  katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian hadiah Program ’90 Days Business Challenge’ anjuran SME Bank di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ahmad, Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020 menggariskan enam bidang utama dan 11 program yang membabitkan lima kementerian dan lapan agensi.

Enam bidang berkenaan adalah mempercepatkan penerimaan penjual, meningkatkan penggunaan ePerolehan; menghapuskan halangan bukan tarif,  penyusunan semula insentif ekonomi sedia ada, merangsang pelaburan strategik dan mempromosikan jenama negara.

Sementara itu, kementerian yang terbabit termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 July 2017 4:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: