Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

EGM MCA undi lulus atau tolak empat usul

Seramai 2,199 perwakilan pusat parti MCA yang hadir pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) parti itu mula mengundi jam 10.40 pagi Ahad bagi meluluskan atau menolak empat resolusi.

Jumlah itu ialah 92.2 peratus daripada 2,385 perwakilan pusat MCA, dan menurut Speaker Datuk Yik Phooi Hoong, ia melebihi korum yang memerlukan satu pertiga perwakilan hadir bagi membolehkan EGM diadakan.

Jumlah perwakilan yang hadir melebihi korum - Speaker MCA

Jumlah perwakilan yang hadir melebihi korum – Speaker MCA

Sebelum itu, keadaan di Wisma MCA, Jalan Ampang, sesak dengan perwakilan yang mula tiba seawal jam 7 pagi lagi.

Dua puluh minit sebelum pengundian, situasi agak kecoh seketika apabila sekumpulan kecil perwakilan meminta Speaker membenarkan resolusi yang hendak diundi dibahaskan.

Namun, Yik menegaskan perbahasan tidak disenaraikan oleh jawatankuasa pusat MCA dalam prosiding hari ini, dan perwakilan yang tidak berpuas hati dinasihati menyuarakan perasaan mereka melalui peti undi.

Keputusan pengundian dijangka diketahui kira-kira jam 2 petang Ahad.

Undian pada EGM hari ini bertujuan menentukan keputusan resolusi untuk mencela Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang didakwa tidak menghormati keputusan Majlis Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat (CC) menggantung Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Keong yang menerima perlantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor.

Liow juga dituduh mengambil tindakan yang boleh memecah-belahkan serta memburukkan imej parti itu selain didakwa gagal melaksanakan tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Persiapan PRU13, sekaligus menjadi punca kekalahan MCA dalam pilihanraya umum berkenaan.

Tiga resolusi lain ialah pertama – bagi membatalkan resolusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA pada 2011 dan 2012 yang melarang anggotanya menerima pelantikan dalam Kabinet setelah kalah teruk ketika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang lalu.

Kedua, menuntut kajian semula diadakan bagi membolehkan ahli MCA memegang jawatan seperti Senator, Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Manakala usul terakhir adalah mengenai kebenaran untuk ahli parti itu memegang jawatan dalam pentadbiran negeri.-20/10/2013

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek tiba jam 8 pagi anakala timbalannya Liow Tong Lai 45 minit kemudian.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek tiba jam 8 pagi anakala timbalannya Liow Tong Lai 45 minit kemudian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 October 2013 5:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: