Kategori Ekonomi

Ekonomi Malaysia suku pertama 2018 berkadar 5.4%

17 MEI: Ekonomi negara tumbuh pada 5.4 peratus bagi suku pertama 2018 disokong oleh pertumbuhan dalam aktiviti sektor swasta dan eksport bersih.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan dijangka terus menggalakkan tahun ini dengan permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Katanya, inflasi keseluruhan dijangka berada pada purata dua hingga tiga peratus tahun ini disebabkan oleh faktor kos global yang lebih kecil dan kadar pertukaran ringgit yang kukuh berbanding tahun lalu.

“Inflasi juga menurun pada suku pertama ini kepada 1.8 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku keempat 2017.

“Ini mencerminkan kesan daripada harga bahan api domestik yang lebih kecil berikutan kenaikan harga minyak dunia yang lebih rendah,” kata Muhammad (foto) di ibu kota hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 1:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: