Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Elaun ADUN Johor naik RM4,000

12 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang hari ini meluluskan usul kenaikan elaun 56 wakil rakyat daripada RM5,000 kepada RM9,000 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Kali terakhir kadar elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dipinda ialah pada tahun 2009.

khalednordin1xx_400_260Sejak itu semua 56 ADUN di negeri itu terima elaun bulanan RM5,000.

Usul di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota.

Menurut Khlaed sudah waktunya elaun mereka dinaikkan sebagai ganjaran pada kerja keras dan dedikasi para ADUN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: