Kategori Berita Utama

Elaun menteri, timbalan dikurangkan antara 11 langkah belanja berhemah

30 DIS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan.

najibtunrazakDalam kenyataan dikeluarkan Isnin, Najib berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Antara langkah-langkah lain seperti berikut:

  • Kerajaan akan mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam. 
  • Pelantikan juru perunding untuk projek kerajaan akan diperketatkan.
  •  
  • Kerajaan akan kurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi.
  •  
  • Pengurangan 5 peratus kos utiliti elektrik di semua pejabat kerajaan.
  •  
  • Elaun keraian pegawai kanan kerajaan Gred Jusa C ke atas dikurangkan antara 5-10 peratus.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 8:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: