Kategori Berita Utama

Elaun mesyuarat ahli parlimen naik mulai Jan 2014

Kerajaan bersetuju menaikkan elaun mesyuarat ahli-ahli Parlimen berkuatkuasa Januari 2014.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, jumlah kenaikkan masih dalam perbincangan Speaker dan Perdana Menteri.

“Secara dasarnya elaun mesyuarat akan dinaikkan mulai 1 Januari 2014,” katanya menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

shahidanElaun mesyuarat setiap ahli-ahli parlimen kini berjumlah RM200 sehari.

Mengenai elaun tetap, perkara itu akan dibincangkan diperingkat Jawatankuasa Dewan Rakyat dan terpulang kemampuankerajaan untuk membayarnya.

Katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menaikkan elaun itu pada Bajet 2012 tetapi malang ada ahli parlimen pembangkang tidak bersetuju.

“Perdana Menteri sudah menyatakannya dengan jelas dan syarat ia disokong ahli-ahli yang berhormat malangnya ada yang tak bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun kata Shahidan kerajaan menyedari beberapa kerajaan negeri sudah menaikkan elaun tetap wakil rakyat atau Adun berdasarkan keperluan semasa.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcimus Mujinggoh sudah membangkitkan isu elaun itu dalam Dewan Rakyat pagi Isnin. -18/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2013 3:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: