Kategori Berita Utama

Eloklah Azmin jaga Selangor dahulu, kata MB Perak

2 MEI: Hasrat Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ menunjukkan kepimpinan parti itu terutama di negeri berkenaan sedang mengalami kepincangan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya tidak gentar dengan taktik terbaru oleh PKR itu.

“Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ‘kuku’ atau susun perancangan untuk mengambil Perak,” katanya pada Isnin.

Terdahulu, Zambry menyampaikan surat tawaran lot kediaman Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban Rakyat kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada minggu lalu, Azmin mendedahkan PKR bakal menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ dalam usaha mereka menawan kembali negeri itu daripada BN pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum itu, iaitu selepas PRU-12, Perak pernah berada di bawah Pakatan Rakyat, bagaimanapun krisis perlembagaan menyebabkan BN mengambil alih daripada mereka

Menurutnya, beliau tidak memandang serius perkara berkenaan berikutan parti itu kini sentiasa dalam keadaan berpecah belah serta tidak bersatu.

“Eloklah kalau Azmin tengok-tengokkan negeri dia, belum tentu dia menang dalam pilihanraya akan datang.

“Tapi kalau dia rasa dia kuat nak pecah-pecahkan, bahagikan masa dari segi taktikal, dia sangat dialu-alukan, bagus juga dia tak boleh tumpu Selangor, kita ambil,” katanya beliau lagi

Sementara itu, Zambry menjelaskan bahawa pihaknya akan menghantar ribuan akar umbi UMNO untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 7:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: