Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Linangan air mata datuk sambut 4 cucu tiba di Kota Bharu

1 FEB: Linangan air mata datuk mereka, Norshal Nordin serta menyambut ketibaan empat beradik dari Stockholm yang akhirnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan jam 8.15 malam Sabtu.

Norshal, 61, terus mencium pipi dan memeluk erat cucu-cucunya Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11, sebelum dilihat gagal menahan sebak sewaktu merangkul Arif, 7 tahun.

Empat beradik yang tiba dari Sweden di KLIA jam 7 pagi Sabtu tiba di Kota Bharu jam 8 malam hari yang sama

Empat beradik yang tiba dari Sweden di KLIA jam 7 pagi Sabtu tiba di Kota Bharu jam 8 malam hari yang sama

Ketibaan kesemua empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden itu turut disambut kira-kira 12 ahli keluarga terdekat yang lain.

Turut mengiringi empat beradik berkenaan ialah adik kepada ibu mereka, Shaleena, 42, yang diberi tanggungjawab menjaga mereka berempat.

Sementara itu, suami Shaleena, Nik Farid Nik Abdullah memberitahu, dia dan isterinya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjaga Aishah dan adik-adiknya sementara ibu bapa mereka berada di dalam tahanan di rantau orang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2014 11:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: