Kategori Berita Utama

Empat Indon suspek bunuh polis diberkas

4 MAC: Empat warga asing termasuk tiga wanita ditahan polis berhubung kes serangan ke atas dua anggota polis, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan Mohd Aidil Mustafa, 29, dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang media selepas menghadiri majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Gombak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selasa.

CPO Selangor derma isteri manngsaMohd Shukri berkata, empat suspek terbabit ditahan selepas kejadian yang mengakibatkan Koperal Raja Aizam terkorban manakala rakannya Mohd Aidil parah.

Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Mohd Shukri.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua anggota polis berkenaan diserang ketika sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Mohd Aidil masih menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian itu dua anggota terbabit terserempak dengan beberapa lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan.

Ketika pemeriksaan, dua anggota polis itu diserang dan pistol milik Raja Aizam dikatakan dirampas suspek.

Pistol itu kemudian digunakan untuk menembak Mohd Aidil  yang cuba membantu tetapi tidak berfungsi lalu berlaku pergelutan  dan Mohd Aidil berjaya merampas semula pistol berkenaan dan menembak mati dua daripada suspek.

Pasukan bantuan yang tiba kemudian membawa dua anggota polis yang cedera itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang namum Raja Aizam meninggal dalam perjalanan.

IGP derma isteri mangsa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Raja Aizam menerusi laman Twitternya kemudian turun sendiri ke HTAR untuk menziarahi jenazah serta menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham.

Shukri juga turut menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Raja Aizam.

Ketika ditemui media selepas menziarahi jenazah anggota polis yang terbunuh itu, Khalid mengutuk keras tindakan ganas sekumpulan warga asing yang menyerang dua anggota polis sehingga menyebabkan kematian itu.

Katanya, tindakan menyerang anggota keselamatan itu sebagai keterlaluan, sangat melampau dan tidak boleh dibiarkan.

“Saya beri amaran keras kepada mana-mana pihak terutama warga asing agar tidak melampaui batas.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencabar Polis Diraja Malaysia,” kata Khalid.-bnbbc.my

Kpl Raja Aizam

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 March 2014 12:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: