Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

‘Empat Mata’ mengaku tidak bersalah bunuh pengasas AmBank

19 FEB: Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi tahun lalu.

Koong, 45, yang juga digelar ‘Empat Mata’ turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Azman Husin di sini terhadap pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas bank itu, Cheong Mei Kuen, 49.

Mahkamah menetapkan dua minggu bermula 9 hingga 20 Jun untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abd Karim memberitahu media bahawa antara 15 hingga 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan.

4MataKong yang diwakili peguam Zamri Idrus didakwa membunuh Hussain pada 29 Julai tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan cubaan membunuh isteri mangsa dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin, di Ceylon, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut ditempat kejadian manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian jual-beli tanah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2014 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: