Kategori Berita Utama

Empat negara terbabit operasi SAR pesawat MH370 MAS

8 MAC: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China, Filipina dan Vietnam dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu.

Hishamuddin turut menafikan dakwaan bahawa pesawat jenis Boeing 777-200 itu terhempas di kawasan pelantar minyak dan gas milik Talisman Malaysia Bhd.

Beliau juga yang juga Menteri Pertahanan berharap supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pesawat yang dilaporkan hilang kira-kira jam 2.40 pagi tadi selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara di Subang.

Selain itu, kata Hishamuddin semua aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan pusat koordinasi untuk menyalurkan maklumat terkini berhubung kehilangan pesawat MAS MH370 membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu, kata Hishammuddin Hussien .

Hishamuddin MH370 “Langkah itu perlu berikutan banyak maklumat disebarkan sebelum ini adalah tidak benar,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya menafikan laporan mengenai pesawat MH370 yang hilang itu sudah mendarat cemas di Nanning dan berkata itu hanya spekulasi.

“Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu dan mereka masih berusaha.

“Kita perlu menunggu keputusannya. Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China,” kata Ahmad Jauhari.

Menurut beliau, kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu, di Laut China Selatan serta tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat.

Sementara itu di Beijing, China turut melancarkan bilik gerakan kecemasan.

Boeing MAS Hilang Warganegara China adalah penumpang paling ramai menaiki pesawat MAS yang hilang itu iaitu 152 orang termasuk seorang kanak-kanak

“Kami amat bimbang selepas laporan berita mengenainya. Kami cuba untuk berhubung dengan semua pihak yang terbabit mengenainya,” kata jurucakap Menteri Luar China, Qin Gang dalam satu kenyataan yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Kementerian Luar China dan Kedutaan China di Malaysia dan Vietnam turut melancarkan bilik gerakan kecemasan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2014 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: