Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Empat punca warga emas diabai anak

Peningkatan kos sara hidup, beban kewangan tanggungan keluarga yang tinggi, konflik keluarga, serta hubungan ibubapa dengan anak-anak tidak mesra adalah antara faktor utama kira-kira 636,000 warga emas di negara ini terabai tidak diberi nafkah oleh anak mereka.

Jumlah ini dikhuatiri terus berkembang jika langkah-langkah mengatasinya tidak diambil daripada sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat, Selasa.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong yang meminta kerajaan menyatakan punca lebih 630 ribu warga emas diabaikan dan apakah langkah kerajaan untuk menanganinya.

Menurut Rohani, empat faktor utama itu ditemui dalam satu kajian bertajuk “Dilema Penjagaan Ibu Bapa Tua” yang telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2012 melibatkan seramai 640 orang anak dewasa sebagai responden.

Oleh itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Ilmu Keluarga.

Program itu bertujuan memupuk dan menyuburkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga serta memantapkan institusi keluarga, termasuk tangggungajawap anak-anak agar tidak mengabaikan ibubapa yang sudah tua.

“Para peserta program ini diterapkan supaya bertanggungjawab bukan sahaja terhadap anak-anak mereka tetapi juga dipupuk supaya menghormati serta menghargai pengorbanan kedua ibu bapa.

“Dengan adanya keinsafan yang tinggi terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa, anak-anak tidak akan tergamak untuk mengabaikan ibu bapa mereka,” kata

Selaras dengan itu, jelas Rohani sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang diadakan pada 11 November setiap tahun juga telah diperluaskan konsepnya kepada Sambutan Bulan Keluarga mulai tahun lepas.

Gambar arkib warga emas yang pernah mendapat liputan media.

Gambar arkib warga emas yang pernah mendapat liputan media.

Ia diraikan selama sebulan bermula 1 November.

“Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan inisiatif pelepasan cukai (pendapatan) sebanyak RM5,000 kepada anak-anak yang membiayai perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa sebagai galakan untuk menjaga ibu bapa mereka,” ujar Rohani.-12/11/2013

Hasil kajian

Hasil kajian

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2013 3:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: