Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Empat remaja direman kes kelar dan samun

12 FEB : Polis berjaya mendapatkan perintah tahanan reman enam hari terhadap empat remaja lelaki yang ditahan berhubung kes bunuh isteri anggota polis di Taman Tanjung Mas, Tanjung Rambutan semalam.

Tangan-digariKesemua suspek berusia 14, 15, 16 dan 19 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret jam 10.53 pagi dan direman pada jam 12 tengah hari.

Mereka diberkas dalam tempoh dua jam selepas penemuan mayat mangsa pada jam 3 pagi Rabu.

Seorang daripada suspek dilaporkan menginap berdekatan rumah mangsa manakala selebihnya di sekitar Bercham.

Sebelum itu, mangsa, berusia 50 tahun ditemui mati di dalam rumahnya selepas dikelar di leher dalam kejadian samun rumah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 1:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: