Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

6 ditahan kes lelaki disangka ketua pemuda MIC ditikam mati

19 JAN: Enam lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang mengakibatkan penyokong kuat pemuda MIC S. Sivakumaran terbunuh tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.05 malam Sabtu itu, selain Sivakumaran, 34, yang mati akibat ditikam di dadanya, tujuh lagi mengalami kecederaan, termasuk empat parah dan seorang kritikal.

Turut cedera dalam pergaduhan yang tercetus di hadapan sebuah hotel di Jalan Pasar, Sungai Petani, Kedah antara mangsa dan rakannya dengan satu kumpulan lain itu ialah sepupu Sivakumaran.

Kejadian berlaku ketika Sivakumaran bersama rakannya dalam perjalanan pulang daripada meraikan sambutan Thaipusam di sebuah kuil berdekatan tempat kejadian.

Sementara itu Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan berkata, lelaki yang maut ditikam dalam pergaduhan di hadapan sebuah hotal di Sungai Petani, itu adalah penyokong kuat Pemuda MIC, bukannya Ketua Pemuda MIC Sungai Tukang.

Kata beliau, Ketua Pemuda MIC Sungai Tukang adalah T. Ananda, dan bukannya Sivakumaran seperti disebut dalam laporan awal media.-bnbbc.my

Mayat Ketua Pemuda MIC Sungai Tukang, S Sivakumaran, 34, yang maut akibat ditikam dalam pergaduhan di depan sebuah hotel, di Sungai Petani, Kedah sedang diperiksa oleh anggota polis di tempat kejadian tengah malam tadi.

Mayat S Sivakumaran, 34, yang maut akibat ditikam dalam pergaduhan di depan sebuah hotel, di Sungai Petani, Kedah sedang diperiksa anggota polis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2014 1:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: