Kategori Berita Antarabangsa

Enam maut pesawat amfibia terhempas di Australia

31 DIS: Sebanyak enam orang terbunuh apabila sebuah pesawat amfibia yang dinaiki mereka terhempas ke dalam sebatang sungai di Australia, hari ini ketika pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan itu.

Pesawat jenis DHC-2 Beaver itu terhempas di Sungai Hawkesbury berhampiran pinggir bandar Cowan, kira-kira 50 kilometer dari utara Sydney.

Menurut polis, pasukan penyelam menemukan kesemua enam mayat namun identiti mereka masih tidak didedahkan.

Berdasarkan laporan media tempatan, sebanyak empat penumpang merupakan warganegara Britain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 December 2017 11:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: